Thursday 7 July 2022

Ketika & Kalimat

 Amali minggu 14 bertarikh 1 Julai merupakan kelas dan pertemuan terakhir dalam alam maya untuk kelas BBM3410 Multimedia Dalam Bahasa Melayu yang diajar oleh Prof Dr Normaliza. Pada awalnya saya merasakan kursus ini agak sukar dan berat untuk dibawa dengan tugasan yang diberikan agak mencabar. Tetapi selepas Prof Normaliza memberikan beberapa kata hikmah antara yang tersemat di fikiran ini adalah "Jangan merungut dengan tugasan ini enjoy sahaja" saya cuba untuk turuti apa yang dikatakan oleh Prof dan Alhamdulillah saya berjaya menyempurkan semua tugasan yang diberikan dan menghantarnya tepat pada waktu yang diminta. Sejujurnya tugasan yang diberikan agak mencabar buat diri ini, mana tak nya nak kena berlakon, mengedit, menyanyi, mengambil gambar dan sebagainya. Ini merupakan perkara baru dalam diri ini melakukan tugasan yang sedemikian rupa. Pada awalnya agak mencabar tetapi lama kelamaan ia menjadi suatu yang seronok bagi saya. Terima kasih saya ucapkan kepada Prof Normaliza dan ahli kumpulan saya iaitu KJK Production yang selalu memberikan komitmen yang penuh dalam setiap tugasan yang diberikan.

Saya berharap agar Prof dapat menghalalkan semua ilmu yang diberikan agar saya dapat mempraktikkan apa yang diajar dalam kehidupan dan mendapat keberkatan atas apa yang dilakukan. Saya mendoakan agar Prof diberikan kesihatan yang berpanjangan. Kalau ada rezeki terjumpa Prof dekat IOI InSha-Allah saya akan tegur. Teringin juga nak berjumpa dengan Prof secara bersemuka hehe walaupun cara Prof mengajar agak berbeza dari pensyarah lain tetapi saya enjoy dengan cara Prof terutamanya berkaitan menepati waktu dan aspek keberkatan yang sering diingatkan dalam kelas. Sampai berjumpa lagi ya Prof dan jaga diri! Gumawo!💙


Kehadiran Amali 1 Julai 2022

Pembentangan Resensi Buku Multimedia Dalam Bahasa

 Pada minggu 14, Prof Normaliza meminta kami untuk melakukan pembentangan kumpulan. 30 minit diperuntukkan untuk satu kumpulan menyelesaikan pembentangan. Kumpulan KJK Production merupakan kumpulan kedua yang melakukan pembentangan. Alhamdulillah kami berjaya menyelesaikan tugasan ini dengan baik dan mengikut masa yang diberikan. Berikut merupakan pautan slide pembentangan kumpulan KJK Production:

https://docs.google.com/presentation/d/1wiS8EbuMXxYSQEgRB5WVDbb-QnI3YZYnjigjbGyabGM/edit?usp=sharing


Kehadiran Kuliah 29 Jun 2022

Pembentangan Podcast

 Bagi kuliah minggu 13 Prof Normaliza meminta kami untuk melakukan pembentangan individu berkenaan Podcast yang dipilih. Kumpulan KJK Production merupakan kumpulan pembentang yang kedua dan saya merupakan individu kedua yang melakukan pembentangan. Pada awalnya agak gementer melakukan pembentangan secara individu walaupun sudah mengenali rakan-rakan. Alhamdulillah saya berjaya melawan perasaan tersebut dan melakukan pembentangan dengan baik. Berikut merupakan slide pembentangan saya:






Kehadiran Kuliah 22 Jun 2022

Resensi Buku Multimedia Dalam Bahasa

 Tugasan ini memerlukan kami untuk melakukan pembentangan secara dalam kumpulan mengenai Resensi buku Multimedia Dalam Bahasa. Terdapat 7 bab yang terdapat dalam buku tersebut dibahagikan kepada setiap ahli kumpulan. Kumpulan kami iaitu KJK Production terdiri daripada 10 ahli. Oleh itu, terdapat ahli kumpulan kami yang membuat resensi daripada bab yang sama. Saya memilih untuk melakukan resensi pada bab pertama iaitu Cerita Rakyat.


Kehadiran Kuliah 15 Jun 2022


Podcast

 

Tugasan Podcast ini memerlukan kami untuk membentangkan tajuk Podcast yang dipilih sendiri secara individu. Saya memilih tajuk Podcast "Nak Buat Apa Dengan 24 jam?" dari Youtube Channel Toodia Podcast. Dalam Podcast ini kami dikehendaki untuk menceritakan sedikit sebanyak tentang latar belakang Podcast dan isi yang diperoleh.



Kehadiran Kuliah 15 Jun 2022

Saturday 11 June 2022

Infografik Media Sosial


Untuk amali Minggu 11, Prof Normaliza meminta kami untuk melakukan tugasan dengan menyenaraikan kelebihan media sosial yang telah dipelajari dalam bentuk infografik. Berikut merupakan infografik tersebut:


 

Video Dokumentari

Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), video dokumentari merujuk kepada video yang tidak mempunyai penceritaan. Video dokumentari memberi pengetahuan tentang sesuatu perkara kepada pendengar iaitu terdapat seorang yang mengulas tentang dokumentari yang dipaparkan. Kadangkala, video jenis ini disertakan dengan temu bual bersama watak sebenar dalam situasi tersebut.


Proses untuk menyiapkan video dokumentari ini berjalan dengan lancar. Semua ahli kumpulan memberikan kerjasama yang baik semasa menghasilkan video ini. Kami memilih tema "sukan" mengikut kata sepakat daripada semua ahli kumpulan. Kemudian, kami berbincang mengenai isi-isi penting yang perlu dimasukkan dalam video tersebut. Walaupun ada di antara kumpulan kami yang masih berada di rumah, tetapi proses untuk menyiapkan tugasan ini tetap berjalan seperti yang dirancang. Berikut pautan video saya:

https://youtu.be/C5xeApJK59A 




Kehadiran Kuliah 8 Jun 2022