Gambar yang diambil sendiri:
Gambar 1
Elemen: Mudah
Tema: Bangunan
Rujukan: Menara Alor Setar
Huraian: Gambar ini mudah untuk difahami iaitu sebuah menara Alor Setar yang diambil pada waktu malam. Warna yang terdapat dalam gambar ialah hitam dan purple. Tiada teks dalam gambar tersebut. Gambar ini sesuai dan dari segi keseimbangan, imej objek iaitu menara dilihat berada di tengah-tengah gambar.
Gambar 2
Elemen: Teks
Tema: Bangunan
Rujukan: Bangunan Kellie's Caslte
Huraian: Gambar ini mudah difahami iaitu bangunan tinggalan sejarah Kellie's Castle yang terletak di Perak. Warna yang terdapat dalam gambar ialah hijau, biru, putih dan koko. Teks dapat dilihat dengan jelas dan gambar ini sesuai untuk digunakan. Dari sudut keseimbangan, gambar ini seimbang.
Gambar 3
Elemen: Warna
Tema: Bangunan
Rujukan: I-City, Shah Alam
Huraian: Gambar ini mudah difahami iaitu bangunan tinggi dan beberapa pokok yang dipenuhi dengan pelbagai warna yang menarik seperi biru, kuning, hijau, hitam dan purple. Tiada teks yang digunakan dan gambar ini sesuai serta seimbang.
Gambar 4
Elemen: Keseimbangan
Tema: Ketenangan
Rujukan: Kolam Raia Hotel
Huraian: Gambar ini mudah untuk difahami iaitu sebuah kolam renang. Warna yang dapat dilihat ialah biru dan putih. Tiada teks dan gambar ini sesuai untuk digunakan. Dari sudut keseimbangan, gambar ini boleh dikatakan agak seimbang.
Gambar 5
Elemen: Kesesuaian
Tema: Ketenangan
Rujukan: Pemandangan di taman rekreasi
Huraian: Gambar ini mudah untuk difahami iaitu pemandangan di taman rekreasi. Warna yang dapat dilihat ialah hijau, koko dan oren. Tiada teks yang digunakan. Gambar ini sesuai untuk digunakan dan dari sudut keseimbangan, ia agak seimbang.
Gambar dari sumber internet:
Gambar 1
Elemen: Mudah
Tema: Ketenangan
Rujukan: Diambil dari laman sesawang https://images.app.goo.gl/UxH1arWuqJPSoqf86
Huraian: Gambar ini mudah untuk difahami iaitu pemandangan gunung-ganang dengan rumput yang terbentang luas. Gandingan warna yang terdapat dalam gambar ialah hijau, koko, biru. Tiada teks dan gambar ini sesuai untuk digunakan. Gambar ini seimbang dengan rumput di hadapan dan berlatar belakangkan gunung-ganang.
Gambar 2
Elemen: Teks
Tema: Promosi
Rujukan: Diambil dari laman sesawang https://images.app.goo.gl/QSpNvRHxPeaT7Xaj9
Huraian: Gambar ini mudah untuk difahami iaitu billboard yang dipasang di tepi jalan raya menunjukkan diskaun untuk pelanggan membeli belah. Teks yang digunakan dapat dibaca dengan jelas oleh pengguna jalan raya yang lalu di situ. Gandingan warna yang digunakan juga menarik dan gambar ini sesuai untuk digunakan. Gambar ini juga diambil dari sudut yang seimbang.
Gambar 3
Elemen: Keseimbangan
Tema: Ketenangan
Rujukan: Diambil dari laman sesawang https://images.app.goo.gl/EnvPmu5Yer3hzwV58
Huraian: Gambar ini mudah untuk difahami iaitu pemandangan jambatan kayu dengan pondok kecil berlatar belakangkan bukit. Warna yang dapat dilihat ialah biru, hijau, koko. Gambar ini tidak mempunyai teks dan sesuai untuk digunakan. Dari sudut keseimbangan, gambar ini dilihat seimbang.
Gambar 4
Elemen: Warna
Tema: Ketenangan
Rujukan: Diambil dari laman sesawang https://images.app.goo.gl/BTJc8x69YybbVZE19
Huraian: Gambar ini mudah untuk difahami iaitu pemandangan di pantai yang indah. Penggunaan warna yang dapat dilihat ialah biru, putih, hijau dan koko. Tiada teks yang digunakan dan gambar ini seseuai dengan sudut yang seimbang.
Gambar 5
Elemen: Kesesuaian
Tema: Ketenangan
Rujukan: Diambil dari laman sesawang https://images.app.goo.gl/5yS3uMcCGvMaBE6E9
Huraian: Gambar ini mudah untuk difahami iaitu air terjun yang indah. Warna yang dapat dilihat ialah biru, putih, koko dan hijau. Tiada teks yang digunakan dan gambar ini sesuai dengan sudut keseimbangan yang sempurna.
Berikut merupakan pautan youtube video pembentangan kumpulan KJK Production:
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.