Thursday 7 July 2022

Ketika & Kalimat

 Amali minggu 14 bertarikh 1 Julai merupakan kelas dan pertemuan terakhir dalam alam maya untuk kelas BBM3410 Multimedia Dalam Bahasa Melayu yang diajar oleh Prof Dr Normaliza. Pada awalnya saya merasakan kursus ini agak sukar dan berat untuk dibawa dengan tugasan yang diberikan agak mencabar. Tetapi selepas Prof Normaliza memberikan beberapa kata hikmah antara yang tersemat di fikiran ini adalah "Jangan merungut dengan tugasan ini enjoy sahaja" saya cuba untuk turuti apa yang dikatakan oleh Prof dan Alhamdulillah saya berjaya menyempurkan semua tugasan yang diberikan dan menghantarnya tepat pada waktu yang diminta. Sejujurnya tugasan yang diberikan agak mencabar buat diri ini, mana tak nya nak kena berlakon, mengedit, menyanyi, mengambil gambar dan sebagainya. Ini merupakan perkara baru dalam diri ini melakukan tugasan yang sedemikian rupa. Pada awalnya agak mencabar tetapi lama kelamaan ia menjadi suatu yang seronok bagi saya. Terima kasih saya ucapkan kepada Prof Normaliza dan ahli kumpulan saya iaitu KJK Production yang selalu memberikan komitmen yang penuh dalam setiap tugasan yang diberikan.

Saya berharap agar Prof dapat menghalalkan semua ilmu yang diberikan agar saya dapat mempraktikkan apa yang diajar dalam kehidupan dan mendapat keberkatan atas apa yang dilakukan. Saya mendoakan agar Prof diberikan kesihatan yang berpanjangan. Kalau ada rezeki terjumpa Prof dekat IOI InSha-Allah saya akan tegur. Teringin juga nak berjumpa dengan Prof secara bersemuka hehe walaupun cara Prof mengajar agak berbeza dari pensyarah lain tetapi saya enjoy dengan cara Prof terutamanya berkaitan menepati waktu dan aspek keberkatan yang sering diingatkan dalam kelas. Sampai berjumpa lagi ya Prof dan jaga diri! Gumawo!💙


Kehadiran Amali 1 Julai 2022

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.